1. Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat
pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi
pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
2. Matlamat KBSR
Matlamat
pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan
insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
3. Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
4. Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v.
murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran
melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman
hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan
dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi.
suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan
interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii.
aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran
kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam
proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
Ciri-Ciri KBSR
5. Penekanan
Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
6. Struktur KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.
Tiga
bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras
kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
7. Bidang Pelajaran
Bidang
|
Komponen
|
Matapelajaran
| |
Fasa 1
|
Fasa 2
| ||
Komunikasi
|
Kemahiran Asas
|
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
|
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
|
Matematik
|
Matematik
| ||
Manusia dan Persekitaran
|
Sikap , Nilai
dan Spiritual
|
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
|
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
|
-
|
Sains
| ||
Kajian Tempatan
| |||
Perkembangan
Diri Individu
|
Kemahiran Hidup
Seni dan Riadah
Kokurikulum
|
-
|
Kemahiran Hidup
|
Pendidikan Muzik
|
Pendidikan Muzik
| ||
Pendidikan Seni
|
Pendidikan Seni
| ||
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
|
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
|