Thursday 13 December 2012

sukatan pelajaran

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )
 
1.                Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
  
2.                Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
  
3.                Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i.                    menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii.                 menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii.               menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv.                menguasai kemahiran belajar;
v.                  menguasai kemahiran berfikir;
vi.                bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii.             memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii.           membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix.               mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
x.                  menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi.               memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii.             menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii.          menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv.           menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv.              menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi.           membina semangat patriotisme;
xvii.         mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii.      mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
 
 4.                Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
i.           Pendekatan Bersepadu;
ii.          Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii.        Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv.         Pendidikan seumur hidup.
v.      murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi.      suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii.      aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
viii.     aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix.      penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x.      penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi.     penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah


Ciri-Ciri KBSR
 
5.                Penekanan
Fokus Tahap I
i.                    Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii.                 Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii.               Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv.                Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
  
Fokus Tahap II
i.                    Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii.                 Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii.               Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv.                Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v.                  Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi.                Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
  
6.                Struktur  KBSR
 
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i.                    Komunikasi;
ii.                 Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii.               Perkembangan Diri Individu.
 
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i.                    Kemahiran Asas;
ii.                 Manusia dengan Persekitaran;
iii.               Kesenian dan Kesihatan;
iv.                Kerohanian, nilai dan sikap
v.                  Kemahiran Hidup; dan
vi.                Kokurikulum

7.    Bidang Pelajaran

 
Bidang
 
Komponen
Matapelajaran
Fasa 1
Fasa 2
 
 
Komunikasi
 
 
Kemahiran Asas
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik
Matematik
 
Manusia dan Persekitaran
 
Sikap , Nilai
dan Spiritual
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
 
-
Sains
Kajian Tempatan
Perkembangan
 Diri Individu
 
Kemahiran Hidup
Seni dan Riadah
Kokurikulum
-
Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan